:))

~In The Name Of Allah The Most Gracious, The Most Merciful~
~Assalammualaikum..~

BIG Giveaway : Idola Saya by Nurul

Assalamualaikum..



Kebanyakkan blog yang saya baca semua mempunyai idola yang sama antaranya ibu bapa, Rasullulah.. sememangnya mereka juga antara idola saya. tetapi saya amat mengkagumi KHAULAH AL AZWAR.. wirawati di medan perang ! jom baca cerita mengenai idola saya..

wanita ini dibesarkan dalam keluarga perwira. bapanya Al azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasulullah SAW di medan perang manakala adiknya Dhirar Al Azwar adalah penunggang kuda yang hebat dikalangan masyarakat arab.

nama Khaulah Al Azwar menjadi sebutan ketika dia mengikuti peperangan menakluki bumi Rom yang dipimpin oleh Panglima Khalid Al Walid. dalam peperangan tersebut, Khaulah menutup seluruh tubuuhnya kecuali mata. dia menunggang kuda seperti tentera muslim yang lain. Khaulah Al Azwar terus mara ke hadapan tanpa rasa gentar sedikit pun.

keberaniannya disedari oleh Khalid Al Walid. namu, Khalid Al Walid tidak dapat memastikan siapa gerangan 'panglima' itu.

ketika perang menjadi semakin sengit, Khaulah tanpa rasa takut terus meluru. di tangannya memegang pedang dan dia juga pandai mengawal kudanya. ada di kalangan tentera yang menganggap tubuh yg berani itu ialah Khalid Al Walid. akhirnya musuh islam tewas jua.

setelah peperangan tamat, Khalid Al Walid mengumpulkan semua tenteranya. Khalid juga ingin mengetahui siapa 'perwira' yang berani itu. dari balik purdahnya, dia memperkenalkan dirinya. Khaulah Al Azwar sebagai saudara Dhirar Al Azwar yang telah ditawan musuh. Khalid juga menyatakan perasaan kagumnya terhadap keberanian wanita itu.

moral..
walaupun berjuang bersama kaum lelaki, namun, aurat dan batas pergaulan hendaklah di jaga.

okey.. that's all .

thank you for reading !

eh lupa nk tag :)
 1.. http://eymasushoppe.blogspot.com/
 2.. http://meyrajohn.blogspot.com/





4 comments:

Eyma su said...

gud luck..insyaallah saya join..(^_^)

Zieyzie Ilisha said...

nak join jugalah... =D

Meyra John said...

Thanks. Nt ada masa, I join. ^^

Nur Aqilah said...

assalamualaikum..dr GA yg sama. Jom singgah blog sy. :)
http://nuraqilahmuhamadnazori.blogspot.com/2013/05/big-giveaway-idola-saya-by-nurul.html