Ada manusia diberi pelbagai
jenis peluang, tapi dia sendiri abaikan
Ada manusia pula tidak diberi
peluang tapi dia sangat mahukan.
Ini kisah aku. Kisah aku
yang tak pernah diberi peluang. Sedih? Bohong tak sedih. Kecewa? Sudah tentu.
Tapi apa aku tetapkan dalam
hati, aku perlu redha. Tuhan tak beri bukan sebab Tuhan
benci. Tuhan kata ada sesuatu untukmu nanti. Bukan hari ini.
Kau tahu, aku tak punya bakat
hebat-hebat, cumanya yakin bila berbicara, pandai menyusun kata. Itu sahaja! Cukup
itu sahaja. Pernah aku cuba yang lain-lain. Ternyata, aku tidak mampu. Mungkin aku
boleh, tetapi nampak buruk.
Kau faham maksud nampak buruk? Biar aku
jelaskan.
Situasi 1:
Aku mahu bernyanyi dan aku
telah menyertai pertandingan menyanyi.
Namun kerana suaraku yang
teruk, aku dibahan, aku dikutuk, aku dibanding-banding dengan mereka yang
hebat. Oh lupa! Aku pernah mencuba membaca syair di hadapan. Kerana suaraku
bukan suara sang penyair, aku diejek dari belakang.
“Suaranya teruk! Baik suruh
dia balik!”
“Kau lebih hebat berbanding
dia.”
*Retak
sedikit. Tidak banyak. Cuma sedikit. Aku masih ok dengan ini.
Situasi 2:
Aku mahu mencuba nasib dengan
menari. Tarian tradisional. Ya aku boleh menari. Boleh menghafal step tarian dan
boleh mengliang-liukkan badanku.
Tetapi masih nampak buruk. Kenapa?
Kerana tubuhku bukan tubuh seorang penari. (Berjalan pun aku masih lari)
Terdetik di hati… (ya
teringin mahu mewakili universiti sendiri.) tapi orang tak sudi, mengapa kita
yang pula yang tawar diri. Sebab mereka nampak, aku tiada bakat pun dalam seni
ini.
*Masih
retak sedikit. Aku boleh abaikan hal ini.
Situasi 3:
Aku menulis. Menulis pada
media sosial. Apa yang aku tulis cumanya sebuah puisi ringkas, kata-kata hikmah
dan penyedap bicara.
Tapi masih juga dibanding
beza.
“Kata-katanya lebih hebat.”
“Penulisannya lebih mantap.”
“Dia lagi hebat menulis dari
kau!”
*Retak
makin membengkak. Entah mengapa. Bakat aku yang sekecil zarah inipun, masih ada
yang pertikaikan :’)
Situasi 4:
Aku telah pergi ke ujibakat sebuah
kelab. Aku mencuba nasib. Mungkin dari situ aku boleh mencuba nasib suaraku. Aku
dipilih untuk menjadi ahli kelab tersebut.
Alhamdulilah. Aku fikir. Itu permulaan
dari segala cerita jatuh sebelum ini.
Oh rupanya tidak. Itu adalah
pengakhiran untuk aku mencuba lagi. Apa yang jadi? Aku dikatakan bahawa aku
merupakan top 7 yang akan mewakili kolejku. Jadi aku berasa gembira. Aku tidak
kisah andai tidak menjadi solo. Backup pun aku dah cukup teruja.
“A,
B, C, D, E, F dan G yang akan menyertai pertandingan itu.”
“dan
AKU, kamu next pertandingan. Ok?” aku
mengangguk. Tahan air dari jatuh. Tahan hati untuk kukuh.
*Aku
ok sumpah aku ok ! Cuma terkilan sikit.
Kenapa bagi harapan, kalau
akhirnya bukan aku yang menjadi pilihan (Mungkin aku tak cukup bagus)
Salahkah aku mahu ikut serta
dengan kawan-kawanku yang lain? Salahkah aku mahu menjadi sebahagian dari
mereka? Salahkah kalau aku ingin mencuba ?
Terkadang, orang-orang inilah
yang membunuh
keberanianku. Merobek keyakinanku. Meruntuhkan harapanku!
Bukan aku cemburu pada sesiapa. Aku bangga mereka
hebat. Cumanya aku perlu sedar, aku tak mampu menjadi sehebat mereka biarpun
gigih aku mencuba tanpa putus asa.
Mungkin aku patut berhenti dari mencuba apa pun. Sekadar
diam. Melihat mereka hebat dengan bakat masing-masing.
Aku? Menulis ini apa lah
sangat ! sesiapa saja boleh menulis. Bahkan ada yang lagi pandai bermain
aksara.
Satu aku ingin tanya…
Apa orang seperti aku ini tak
layak diberi peluang?
“Pulang saja… menjadi dirimu yang dulu. Usah
mencuba lagi. Kau akan gagal berkali-kali.”
Tulisan ini bukan aku tujukan
pada sesiapa. Aku menulis sekadar menghilangkan sebak di dada. Maaf kalau ada
yang terasa. Aku cuma ingin mencuba. Maaf.
*Tuhan, maafkan aku
andai aku mengeluh. Aku ingin meluah apa yang selama ini tak terluah.
P/S: anyone yg ada kata-kata semangat. Aku perlukan itu. :') Terima kasih sudi membaca walau hakikatnya kau sekadar singgah. Aku hargai.
P/S: anyone yg ada kata-kata semangat. Aku perlukan itu. :') Terima kasih sudi membaca walau hakikatnya kau sekadar singgah. Aku hargai.
No comments:
Post a Comment